Ayat 2: Apabila Allah beritahu Dia Maha Berkat dan mempunyai segala kekuasaan, Dia membawakan dalil:
الَّذي خَلَقَ المَوتَ وَالحَيَوٰةَ لِيَبلُوَكُم أَيُّكُم أَحسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ العَزيزُ الغَفورُ
Sahih International
[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed – and He is the Exalted in Might, the Forgiving –
Malay
Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup – untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun;
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ
Dialah yang menjadikan adanya mati;
Sekali lagi, Allah tidak meletakkan namaNya dalam ayat ini. Dia cuma mengatakan ‘yang’ menjadikan mati sahaja. Kerana tidak ada entiti lain yang boleh menjadikan kematian dan kehidupan melainkan Dia sahaja. Di sinilah letaknya keindahan bahasa Qur’an. Tidak perlu disebut pun kita dah tahu.
Kenapakah Allah meletakkan الْمَوْتَ sebelum disebut الْحَيَاةَ? Bukankah kita hidup dahulu dan kemudian baru mati? Jangan kita faham الْمَوْتَ itu sebagai maksud ‘mati’ sahaja. Ianya mempunyai makna yang lebih luas lagi. Makna الْمَوْتَ adalah ‘tanpa kehidupan’. Oleh itu, sebelum kita dilahirkan, kita dalam keadaan الْمَوْتَ sebab kita tidak ada kehidupan. Sebab itu Allah letakkan perkataan الْمَوْتَ dahulu kerana ia yang datang dahulu.
Dalam ayat-ayat lain pun, Allah menggunakan perkataan الْمَوْتَ dalam makna yang lain. Sebagai contoh, Allah menggunakan perkataan الْمَوْتَ untuk menerangkan keadaan orang yang tidak mempunyai iman. Kerana mereka yang tidak ada iman, walaupun mereka nampaknya hidup, tapi sebenarnya hati mereka mati.
Satu lagi sebab kenapa Allah letakkan perkataan الْمَوْتَ dahulu adalah kerana ayat ini ditujukan kepada makhluk yang sedang hidup sekarang. Kepada makhluk yang hidup, yang manakah mereka akan jumpa dahulu? Kematiankah atau kehidupan? Tentulah kita akan menemui kematian dahulu, kemudian barulah kita akan dihidupkan semula di alam barzakh nanti. Jadi Allah sebut perkara pertama yang kita akan bertemu dahulu, iaitu ‘mati’.
Allah memberi peringatan kepada kita tentang mati dahulu. Kerana kematian adalah satu motivasi yang paling kuat. Kalau kita ingat bahawa kita akan mati akhirnya, kita akan berjaga-jaga dengan agama kita. Kita akan buat sebaik mungkin.
Begitulah yang sepatutnya. Tapi banyak antara kita, menjalani kehidupan seperti mereka akan hidup selamanya. Mereka tak terfikir bahawa mereka akan mati dan menemui Tuhan dan kena menjawap diatas segala perbuatan mereka.
Begitulah tema surah ini: menyuruh kita memikirkan dan melihat dalam-dalam. Kita tidak banyak masa di dunia ini. Kita kena kaut sebanyak mungkin pahala yang boleh kita kaut, bukan kumpul dosa yang memberatkan kita.
No comments:
Post a Comment